9 Januari 2015 - 19:44

Khatib Jumaat hari ini menjelaskan tentang perjuangan rakyat Iran menghadapi kerajaan zalim terdahulu sebelum kebangkitan di Bahrain.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah Khatami dalam khutbah Jumaat hari ini menerangkan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin tertinggi revolusi Islam Iran, Ayatullah Sayid Ali Khamenei yang menegaskan peristiwa berdarah 19 Dei tahun 1356, 22 Bahman dan 9 Dei 1388 (kalendar Iran) sebagai merintis jalan perjuangan rakyat Iran, "Ketiga-tiga peristiwa ini mempunyai sisi persamaan yang mana persamaan pertama ialah wujudnya visi gelombang kebangkitan sedangkan visi tersebut membawa makna mengenal musuh ketika berada di medan."

Tambah beliau lagi, "Pada 9 Dei tahun 1388, fitnah melanda, mereka menyamun modal revolusi dan pemerintahan Islam. Negara dipaparkan berada dalam tidak aman. Selama 9 bulan mereka mencucuh api pada setiap peristiwa. Namun rakyat turun padang tepat pada waktunya, memberi tamparan dan mereka pun gulung tikar."

"Persamaan yang lain ketiga-tiga peristiwa ini ialah dalam setiap perang parti politik selama tiga hari yang dipicu mereka, termasuk pada 19 Dei tahun 1356 ialah pada hari ini kumpulan yang namanya 5+1 (rundingan nuklear) mempertahankan Shah. Pada 9 Dei, Amerika bersama Israel dan rejim Zionis turun padang. Yang membezakan mereka ialah tuntutan takhta, munafik, penari boneka dan dalang-dalang tambaan turut berada dalam barisan mereka. Umat pula berada di dalam barisan lain dengan visi dan kepintaran terhadap hak istimewa mereka.

"Mereka mahu anda melupakan 9 Dei, namun dengan limpah kurnia Allah, rakyat tidak akan lupa," tegas beliau.

Beliau turut menyatakan kecaman keras serangan pengganas di Perancis, "Islam tidak mengizinkan pembunuhan jiwa yang tidak bersalah, samadda di Paris, Syria, Iraq dan Yaman, mahupun di Pakistan dan Afghanistan."

Sambil menerangkan siapakah dalang disebalik insiden ini dan siapakah yang membekalkan senjata kepada pengganas, beliau berkata, "Dollar Amerika, Pound Enland dan Euro Kesatuan Eropah membela pengganas-pengganas. Statistik-statistik ini sedang ditingkatkan di stesyen-stesyen mereka manakala kemajuan pengganas ini ditingkatkan melalui sokongan politik mereka dan talibarut mereka."

Sebagai amaran beliau berkata kepada Amerika dan England, "Sekarang sabun terrorisme sudah memamah badan kamu, ketahuilah selama 10 tahun kamu jalan yang kamu luluskan terrorisme sebenarnya tidak mempunyai arah, dan kamu telah melepaskan tangan. Namun sekiranya benar apa yang kamu dakwa, sudah tentu kamu mempertahankan isu hak asasi manusia dan kemanusiaan."

Mengenai demonstrasi aman yang berlangsung di Bahrain sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengulas, "Demonstrasi rakyat benar-benar aman, namun kerajaan Bahrain melayan rakyatnya dengan cara yang amat ngeri. Puluhan jiwa telah disyahidkan manakala ribuan yang lain telah dipenjarakan. Baru-baru ini Sheikh Ali Salman, Setiausaha Agung Parti Nasional al-Wefaq telah ditangkap. Saya menyatakan, bahawa jalan yang diambil kerajaan Bahrain sebenarnya sudah digunakan oleh Shah. Namun hari demi hari, kebinasaan kamu semakin menjelang tiba, ketahuilah rakyat akan mencapai kemenangan."